Kerjaya kelab Yaser Hamed

Hamed ialah putera kedua daripada kelima bersaudara yang lahir dari ayah Palestin dan ibu dari etnik Basque.[4][5] Semasa kecil, Hamed telah berlatih di akademi bola sepak popular khas bagi orang-orang Basque dan zuriat mereka sahaja, akademi Athletico Bilbao pada saat berusia 10 tahun.

Saat berusia 15 tahun, Hamed telah menyelesaikan latihan belianya dan memulakan kerjaya seniornya dengan bermain di divisyen keempat dan ketiga bola sepak Sepanyol. Hamed menyertai CD Santurtzi, SD Leioa, dan Club Portugalete.[6][7] Pada musim perlawanan Divisyen Tercera 2018-19 bersama dengan Portugalete, Hamed berjaya memenangi liga tetapi gagal mendapat kenaikan kelayakan selepas ditewaskan penentang mereka dalam pusingan play-off.

Pada perlawanan musim selepasnya, Hamed berjaya menghantarkan Portugaleta ke Divisyen Segunda; tetapi Hamed tidak menyertai kelab tempatan wilayah Basque itu pada perlawanan musim selanjutnya. Ia menyampaikan salam perpisahannya dan merantau dari tanah kelahirannya menuju Mesir.[perlu rujukan]

Pada bulan Januari 2022, Hamed telah bermain di puncak divisyen kelab bola sepak pada tempat ia bermastautin, Liga Perdana Mesir. Dia menandatangani kontrak selama 2,5 tahun bersama Al Masry.[8] Dia menjaringkan gol perdana di divisyen puncak pada 20 Februari dalam perlawanan yang menewaskan penentang TP Mazembe dengan mata 2–0.[9]

Pada bulan Ogos, Hamed berpindah ke Al-Rayyan yang mana di kelab itu, ia menjadi rakan dari beberapa pemain terkenal seperti James Rodríguez.[10] Perlawanan liga belum berakhir, Hamed sudah menyertai kelab lain. Pada 21 Ogos 2023, ia membersamai NorthEast United dalam perlawanan Liga Super India.[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Yaser Hamed https://fdp.fifa.org/assetspublic/ce14/pdf/SquadLi... https://web.archive.org/web/20230320201942/https:/... https://web.archive.org/web/20200112183450/https:/... https://web.archive.org/web/20230407223640/https:/... https://web.archive.org/web/20190802125025/https:/... https://web.archive.org/web/20190802125025/https:/... https://web.archive.org/web/20230409150706/https:/... https://web.archive.org/web/20220303194403/https:/... https://web.archive.org/web/20230821151050/https:/... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p...